Kelas Pembelajaran Secara Atas Talian (Pelajar UITM)

31 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

30 Januari 2021 – Pusat Ekonomi Digital Komuniti Pasoh 3 telah menjalankan kelas pembelajaran secara atas talian bersama pelajar UITM yang memerlukan khidmat pembelajaran secara atas talian sepanjang perlaksanaan perintah kawalan yang dilaksanakan ke atas negara akibat Covid 19. Kelas ini dijalankan di dalam bilik latihan Pusat Ekonomi Digital .

Kelas ini dijalankan untuk membantu para pelajar mengikuti pembelajaran secara atas talian dengan menggunakan Zoom Meeting atau Google Classroom. Ini dapat membantu para pelajar daripada ketinggalan daripada pembelajaran semasa. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula pukul 3.00 petang – 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali