Kelas Bahasa Melayu - Tahun 6

15 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

14 Februari 2021 – Pusat Ekonomi Digital Komuniti Pasoh 3 telah menjalankan kelas Bahasa Melayu (tatabahasa) untuk para pelajar tahun 6. Kelas ini dijalankan di dalam bilik latihan Pusat Ekonomi Digital komuniti.

Kelas ini dijalankan untuk mengajar para pelajar mengenal pasti tatabahasa dengan betul bagi setiap ayat atau petikan yang telah disediakan oleh tenaga pengajar. Kelas ini dihadiri oleh 4 orang para pelajar dan berlangsung selama 2 jam bermula pukul 10.00 pagi – 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali