Kelas Misi Digital E-Kelas

17 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

16 Februari 2021 – Pusat Ekonomi Digital Komuniti Pasoh 3 telah menjalankan kelas Misi Digital (Geng Gajet) untuk para pelajar tahun 6. Kelas ini dijalankan di dalam Pusat Ekonomi Digital komuniti.

Kelas ini dijalankan untuk mengajak para pelajar menyertai pertandingan yang telah dianjurkan oleh Maxis E-Kelas. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk para pelajar yang memenangi pertandingan tersebut. Kelas ini dihadiri oleh 2 orang para pelajar dan berlangsung selama 2 jam bermula pukul 10.00 pagi – 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali