Kelas Mari Berkebun Siri 1

22 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

21 Februari 2021 – Pusat Ekonomi Digital Komuniti Pasoh 3 telah menjalankan kelas mari berkebun Siri 1 bersama para pelajar tahun 6. Kelas ini dijalankan di luar Pusat Ekonomi Digital komuniti.

Kelas ini dijalankan untuk mengajar para pelajar menjana pendapatan dengan tanaman yang dihasilkan dengan mudah, ringkas dan cepat. Para pelajar terlebih dahulu diminta untuk membersihkan persekitaran kawasan tanaman yang sudah semak dengan rumput dan lalang. Kelas ini dihadiri oleh 2 orang para pelajar dan berlangsung selama 2 jam bermula pukul 9.30 pagi – 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali