Kelas Kemaskini Maklumat Pelajar Sekolah Rendah

5 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

4 Februari 2021 – Pusat Ekonomi Digital Komuniti Pasoh 3 telah menjalankan kelas mengemaskini maklumat pelajar Sekolah Rendah Pasoh 3 bersama para ibubapa pelajar. Kelas ini dijalankan di dalam Pusat Ekonomi Digital mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Kelas ini dijalankan untuk memberi tunjuk ajar kepada ibubapa membuat kemaskini maklumat para pelajar mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kelas ini dapat membantu para ibubapa belajar mengemaskini maklumat para pelajar menggunakan kemudahan teknologi dengan sistematik. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula pukul 11.00 pagi – 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali