Program Bimbingan Usahawan 2022 (PBU22) / Usahawan Muda 2022 (PUM22)

13 April 2022 | Aktiviti Terkini

12 April 2022 – Pusat Ekonomi Digital Komuniti Pasoh 3 telah mengikuti Program Bimbingan Usahawan 2022 (PBU22) / Usahawan Muda 2022 (PUM22) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang bermatlamat untuk memberikan pendedahan amalan perniagaan dalam membantu kumpulan sasaran meningkatkan taraf ekonomi kendiri melalui peluang mendaftarkan perniagaan.

Di dalam program tersebut, peserta akan diberi pendedahan mengenai pendaftaran perniagaan, tanggungjawab pemilik perniagaan, kelebihan perniagaan yang didaftarkan, pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan B40 & pelajar sepenuh sama (SPPP), OKU (OKU berdaftar dengan JKM) serta pendaftaran secara percuma SSM BizTrust. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula pukul 9.00 pagi – 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali