Program Klik dengan Bijak (KDB) dengan Kerjasama Kluster Jempol Utara

2 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

01 Februari 2023 – Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 telah mengikuti Jemputan MCMC Negeri Sembilan ke Program Klik Dengan Bijak (KDB) di Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Mustafa, Batu Kikir pada 1 Februari 2023. Program bertemakan “Literasi Maklumat” ini telah dijalankan kepada 344 pelajar dengan kolaborasi bersama PEDi Kluster Jempol Utara. Pelbagai aktiviti menarik KDB telah dijalankan, antaranya sesi taklimat, booth, aktiviti permainan interaktif, dan kuiz pengetahuan keselamatan internet.

Taklimat Keselamatan Komputer disampaikan oleh Azizan dan Permainan Dalam Talian oleh Fatehah yang dapat meningkatkan pengetahuan dan mendidik para pelajar telah mendapat sambutan menggalakkan dari pentadbiran sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali