Kajian Keperluan Pengguna Dan Penilaian Impak PEDi

19 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

18 Julai 2023 –Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedi Malaysia (SKMM) telah melantik Merdeka Centre untuk menjalankan kaji selidik mengenai Kajian Keperluan Pengguna dan Penilaian Impak PEDi kepada komuniti sekitar Felda Pasoh 3, Negeri Sembilan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada komuniti sebagai pengguna dan peserta program yang dianjurkan oleh PEDi.

Maklum balas yang diterima untuk membantu SKMM bagi memastikan PEDi dapat menawarkan perkhidmatan berkesan kepada komuniti. Program kaji selidik ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 Julai (Selasa dan Rabu) yang lalu. Seramai 40 responden yang terdiri daripada peserta program, pengguna dan bukan pengguna PEDi telah menyertai kaji selidik pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali