Aplikasi Ar,Vr & 3d Model Dalam Kelas Stem-Iot Di Pusat Ekonomi Digital (Pedi)
19 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini18 Ogos 2023 – Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 telah mengikuti webinar “Aplikasi AR, VR, 3D Model dalam Kelas STEM-IOT di Pusat Ekonomi Digital (PEDi)”. Perkongsian ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan dan memantapkan lagi staf PEDi tentang pengetahuan STEM-IOT yang akan memberi manfaat dalam merangka dan merancang program berkaitan STEM-IOT di PEDi pada masa akan datang.
Sesi perkongsian tersebut telah dikongsi oleh Pengurus PEDi Tanjung Bowang, iaitu Puan Jessica Shirley. Dalam sesi tersebut, Puan Jessica menjelaskan tentang aplikasi AR, VR dan 3D Model yang boleh didapati dalam aplikasi Play Store. Staf PEDi kemudian didehkan tentang cara penggunaan bagi setiap aplikasi tersebut secara terperinci. Semua staf PEDi berasa teruja untuk mencuba aplikasi tersebut dalam merancang kelas STEM-IOT di PEDi pada masa akan datang. Kelas tersebut berlangsung selama 1 jam setengah pada pukul 10.00 Pgi sehingga 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: