Majlis Pelancaran Ulang Tahun Klik Dengan Bijak Ke-10

18 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

17 Januari 2023 – Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 telah mengikuti Majlis Pelancaran Ulang Tahun Klik Dengan Bijak Ke-10. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, bersempena dengan tema “Ke Arah Dunia Siber yang Positif.” Klik Dengan Bijak mula diperkenalkan oleh MCMC pada tahun 2012 bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan Internet.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital YBhg. Datuk Mohammad bin Mantek, dan Pengerusi Interim MCMC YBhg. Datuk Azmi bin Mohammad Zain. Program ini berlangsung selama 1 jam setengah bermula pukul 11.00 pagi – 12.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali