Webinar KDB Lindungi Kanak-Kanak Dalam Pengantunan Dalam Talian

16 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

15 Jun 2023 – Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 telah mengikuti webinar Klik Dengan Bijak yang bertajuk “Lindungi Kanak-Kanak Dalam Pengantunan Dalam Talian”. Webinar tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Pejabat MCMC Negeri Johor, Nur Adilah Samsudin. Dalam hal ini, Suruhanjaya dan Multimedia Malaysia (MCMC) memainkan peranan untuk membanteras jenayah siber termasuk yang melibatkan kanak-kanak.

Oleh itu, bagi mewujudkan persekitaran digital selamat untuk kanak-kanak dalam talian, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merangka satu Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara untuk mencapai matlamat perlindungan kanak-kanak. Webinar ini berlangsung selama 1 jam setengah bermula pukul 3.00 petang – 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali