Kelas Pendaftaran SSM Secara Online

27 April 2023 | Aktiviti Terkini

26 April 2023 – Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 telah membantu komuniti setempat membuat pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara atas talian. SSM dapat memudahkan urusan dengan pihak ketiga, komuniti yang ingin menjadi peniaga akan mendapat peluang dari segi bantuan kerajaan untuk meningkatkan perniagaan sebagai contoh geran dan dana perniagaan.

Selain itu, ianya juga memudahkan urusan pembukaan akaun bank bagi tujuan perniagaan kerana mempunyai dokumen-dokumen rasmi seperti Sijil Perniagaan SSM. Kelas ini dapat menambahkan pengetahuan komuniti dalam pengiktirafan entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali