Kelas Membuat Resume Menggunakan Canva

18 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

17 Mei 2023 – Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 telah membantu komuniti setempat membuat resume menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini dapat memberi pengetahuan kepada komuniti tentang cara – cara untuk membuat resume dengan betul mengikut trend terkini. Oleh itu, komuniti juga sedia maklum terdapat beberapa perkara yang penting untuk diletakkan di dalam resume. Setiap daripada perkara penting itu perlu diberikan penerangan lagi supaya pembaca lebih faham. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali