Bengkel Pemasaran Digital Maxis EKelas Usahawan Secara Online

23 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

22 Jun 2023 – Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 telah mengikuti Bengkel Pemasaran Digital Maxis eKelas Usahawan secara online Bersama Permerkasan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK). Kemahiran digital amat penting bagi semua aspek masyarakat dan memainkan peranan sebagai pemacu inklusif sosial. eKelas Usahawan, program jangkauan komuniti Maxis, disasarkan kepada usahawan wanita terutamanya daripada komuniti B40 untuk melengkapkan mereka dengan alatan dan kemahairan digital untuk membantu mereka dalam perniagaan. Bengkel ini berlangsung selama 3 jam bermula pukul 10.00 pagi – 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali