Kelas Menggunakan Abcya.Com

20 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2024, NADI Felda Pasoh 3 telah mengadakan satu sesi pembelajaran menggunakan abcya.com bersama salah seorang kanak kanak dalam komuniti. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.00 petang hingga 5.30 petang.

Untuk sesi kali ini, staf NADI memberi tunjuk ajar tentang permainan serta pembelajaran yang terdapat dalam laman sesawang abcya.com. Kanak kanak berkenaan telah memilih untuk bermain dan melakukan pembelajaran berkenaan matematik yang berkaitan sifir. Secara tidak langsung, abcya.com telah membantu bagi memudahkan kanak kanak untuk menghafal sifir sambal bermain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali