Kdb Talk Di Program Cashless Society & Program Jiwa Komuniti Madani
8 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 7 Jun 2024, telah berlangsung program Cashless Society dan Program Jiwa Komuniti Madani di NADI Sungai Lui. Program ini merupakan projek rintis bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang sistem pembayaran tanpa tunai yang semakin berkembang. Program ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Sepanjang program berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB), senamrobik, pertandingan mewarna serta cabutan bertuah. Selain itu, beberapa agensi seperti MCMCM, JKM, PERKESO, JAPEN dan FELDA telah terlibat dalam menjayakan program ini. Beberapa agensi telah turut serta dalam pembukaan booth seperti pemeriksaan kesihatan KKM, PERKESO, bank dan juga pihak Jabatan Penerangan.
Peniaga dari kalangan komuniti setempat juga turut membuka booth jualan yang mana mereke menggunakan pembayaran tanpa tunai atau “Cashless” seiring dengan tujuan utama program ini.
Selain itu, 50 peserta terawal yang mendaftar juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah. Manakala bagi pengunjung yang hadir dan berbelanja minima RM20.00 secara cashless juga turut berpeluang memenangi 3 hadiah utama yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak serta agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: