Pendaftaran Bantuan Warga Emas Negeri Sembilan

22 April 2024 | Aktiviti Terkini

21 April 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Pasoh 3 telah membantu komuniti membuat Pendaftaran Bantuan Warga Emas Negeri Sembilan di NaDi Felda Pasoh 2. Staf NaDi membantu warga emas untuk mendaftar maklumat dalam website N9 Digital bagi permohonan inisiatif baru warga emas yang berumur 70 tahun ke atas. Bantuan sumbangan keceriaan ini merupakan inisiatif daripada kerajaan Negeri Sembilan. Staff juga membantu warga emas komuniti melengkapkan maklumat yang diperlukan mengikut format sistem N9 Digital. Pendaftaran ni bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali