Kelas ICT & STEM bersama Tabika Kemas Felda Pasoh 2

20 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

19 Januari 2024 – Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 telah bekerjasama bersama PEDi Pasoh 2 menjalankan kelas ICT dan Stem bersama Tabika Kemas Felda Pasoh 2. Hal ini kerana staff PEDi perlu bekerja di PEDi Pasoh 2 buat sementara waktu kerana terdapat masalah litar pintas di PEDi Pasoh 3. Pembelajaran ini terbahagi kepada 4 bahagian. Sesi pertama pembelajaran ialah Kelas Kepentingan Amalan Berbudi Bahasa. Staff PEDi memberi penerangan maksud budi bahasa dan ciri-ciri orang yang berbudi Bahasa. Kelas ini dapat memupuk nilai murni dan sopan santun dalam diri kanak- kanak sejak dari kecil.

Seterusnya, sesi aktiviti “STEM: Eksperimen Telur Berdiri” bersama kanak-kanak Tabika Kemas. Kelas ini dapat memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang keseimbangan telur menggunakan garam. Kanak- kanak boleh mencuba eksperimen ini dirumah kerana ianya hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu telur dan garam.

Selain itu, kelas diteruskan lagi dengan permainan “Fokus Mendengar” yang dipanggil kepala bahu lutut kaki. Kanak- kanak harus memberi perhatian ketika staff memberi arahan mengenai anggota badan, setelah itu para pelajar harus berebut mengambil cawan.

Sesi yang terakhir adalah sesi Online games menggunakan laman sesawang www.abcdya.com yang bertajuk “Alphabet Order” staf PEDi mengajar kanak-kanak cara untuk bermain. Tujuan online games ini dapat melatih kanak-kanak melatih tangan dan mahir dengan penggunaan tetikus. Program bersama Tabika Kemas Felda Pasoh 2 ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada pkul 10.00 pagi sehingga 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali