Kelas Matematik Tahun 5 “Bahagi Nilai Wang”

22 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

21 June 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Pasoh 3 telah mengadakan kelas matematik tahun 5 bertajuk “Bahagi Nilai Wang” bertempat di NADI Felda Pasoh 3 mulai pukul 4.00 petang sehingga 5.00 petang. Kelas ini dihadiri oleh seorang murid tahun 5 dengan tujuan membantu mereka meningkatkan kemahiran mengira serta melatih kecepatan dan ketepatan membahagi menggunakan bentuk lazim.

Dalam kelas ini, pelajar diajar untuk mengasah kemahiran mengira mereka melalui latihan latih tubi. Mereka diberikan tugas soalan berdasarkan Youtube, membolehkan mereka mempraktikkan cara kiraan yang betul. Kehadiran dalam kelas ini memberi peluang kepada pelajar dapat memantapkan kemahiran matematik dan tidak ketinggalan ketika belajar bersama guru di sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali