Pendaftaran Bantuan Warga Emas Negeri Sembilan Siri 2

13 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

12 Mac 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Pasoh 3 telah membantu komuniti membuat Pendaftaran Bantuan Warga Emas Negeri Sembilan Siri 2 di NaDi Felda Pasoh 2. Staf NaDi membantu warga emas untuk mendaftar maklumat dalam website N9 Digital bagi permohonan inisiatif baru warga emas yang berumur 70 tahun ke atas. Bantuan sumbangan keceriaan ini merupakan inisiatif daripada kerajaan Negeri Sembilan. Staff juga membantu warga emas komuniti melengkapkan maklumat yang diperlukan mengikut format sistem N9 Digital. Kelas pembelajaran ini bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali