Kelas ICT & STEM bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2

23 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2024, telah diadakan Kelas ICT & STEM Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di NaDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pembelajaran kali ini terbahagi kepada 4 sesi. Sesi Pertama merupakan pembelajaran ICT dengan memberi pengenalan tentang komponen asas komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus dan sebagainya. Staf NaDi memberi penerangan mengenai nama dan fungsi komponen asas kepada kanak kanak.

Sesi yang ke 2 adalah Aktiviti STEM “Lukisan Magic”. Antara bahan yang digunakan adalah cawan, air, lukisan bentuk yang diwarnakan serta plastik lutsinar. Dalam aktiviti ini staf PEDi menunjukkan bagaimana warna pada bentuk yang dilukis tidak kelihatan apabila direndamkan ke dalam cawan berisi air. Kanak-kanak juga diberikan peluang mencuba untuk melakukan aktiviti tersebut.

Selain itu, sesi permainan “Kepala, Bahu, Lutut, Kaki” dan “Rebut Cawan” bersama kanak-kanak Tabika KEMAS turut diadakan untuk menguji tahap pendengaran dan fokus kanak-kanak mendengar arahan dalam permainan tersebut. Kanak-kanak yang terbaik turut diberikan saguhati sebagai tanda penghargaan.

Akhir sekali, staf PEDi mengadakan sesi soal jawab bersama kanak-kanak berkenaan komponen asas komputer. Tujuan sesi ini dijalankan adalah untuk menguji pemahaman dan pengenalan kanak kanak tentang nama serta fungsi komponen asas komputer. Kanak-kanak yang berjaya menjawab dengan tepat dalam sesi ini turut diberikan saguhati sebagai tanda penghargaan dan juga motivasi kepada yang kurang berjaya supaya menumpukan lebih perhatian dimasa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali