Kelas Mengisi Borang Menggunakan ILOVEPDF
8 September 2024 | Aktiviti Terkini7 September 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Pasoh 3 telah membantu komuniti mengisi borang tuntutan fasakh menggunakan ilovepdf. Borang permohonan tersebut perlu diisi secara taip sebelum menghantar ke Pejabat Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.Staf memberi tunjuk ajar cara untuk mengisi borang tersebut menggunakan fungsi dan format yang betul.Oleh itu, komuniti dapat menyiapkan borang dengan mudah menggunakan laman sesawang ilovepdf. Kelas pembelajaran ini bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: